Isu Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji kembali menjadi perhatian selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebab laporan itu tidak didedahkan lebih awal.
Menurut Perdana Menteri, kerajaan sebelum ini mengambil masa bagi memberi ruang kepada proses pemulihan dan penambahbaikan terhadap Tabung Haji di bawah pentadbiran baharu.
Kerajaan mahu pulihkan Tabung Haji terlebih dahulu
Dalam laporan Harian Metro, PMX berkata, keputusan untuk menangguhkan pendedahan laporan RCI Tabung Haji dibuat selepas mengambil kira keadaan institusi itu yang perlu diurus dan dipulihkan dengan teliti.
Mengapa lambat (sebab) ini keputusan kita semua. Pada 2022, saya jadi Perdana Menteri dan 2023 bila taklimat diberikan (Pengerusi RCI TH) Tun Md Raus Sharif, kita nak putus sama ada nak sebar (dedahkan) atau tidak, TH kata nanti sekejap.
Jelasnya, laporan tersebut tidak terus didedahkan kerana kerajaan bimbang ia boleh menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap Tabung Haji sekiranya pemulihan belum sempat dilaksanakan.
Sebabnya kita nak urus bagi betul TH, rugi banyak, berniaga lingkup. Bagi peluang kita pulihkan sebab kalau keluar (laporan RCI) awal dan tidak sempat berubah, orang lari tinggal TH maka bankraplah TH. Jadi kita tangguh sekejap tapi tidak sempat bagi cadangan, ada orang cabar Anwar kalau berani tuduh sakau, bongkar. Saya kata terima kasih, pucuk dicita, ulam mendatang.
Terdahulu, Kabinet bersetuju supaya laporan RCI mengenai Tabung Haji dibuat pengelasan semula dan didedahkan. Laporan tersebut juga akan dibentang serta dibahaskan dalam satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
Dalam ucapannya, Anwar turut menegaskan bahawa pendedahan laporan RCI Tabung Haji wajar dijadikan pengajaran agar institusi penting kepada orang Melayu dan Islam itu terus ditadbir dengan baik.
Peringatan ini penting tapi ada yang kata ‘Anwar ini tak habis-habis sakau, mana ada bukti’. Nah, baca laporan RCI ini 12 jilid. Keputusan jemaah menteri saya umum. Pertama, keluarkan laporan ini. Kedua, SPRM, PDRM, Bank Negara Malaysia, PDRM bongkar, siasat semuanya sekali.
Beliau berkata, setiap pemimpin yang diberi amanah mungkin ada kelemahan, namun kuasa tidak sepatutnya digunakan untuk mengaut harta.
Apakah saya tuduh? Tidak. Saya kata siapa salah biar siasatan dilakukan, itu mereka minta. Jadi tak payah cabar saya.
Menurut Anwar, beliau tidak membuat tuduhan terhadap mana-mana pihak, sebaliknya menyerahkan kepada agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan terhadap individu yang didapati bersalah.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




