ADUN keluar parti tidak gugat Bersatu hadapi PRN Johor

ADUN keluar parti tidak gugat Bersatu hadapi PRN Johor
ADUN keluar parti tidak gugat Bersatu hadapi PRN Johor

Dr Sahruddin

JOHOR BAHRU – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib keluar Bersatu tidak memberi kesan kepada kekuatan dan persiapan parti berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, maklumat awal mengenai kemungkinan tindakan keluar parti itu telah diterima sebelum sidang media lagi.

“Buat masa ini kami tidak mendengar ada individu lain yang keluar parti. Setakat ini hanya Alwiyah sahaja,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sahruddin turut menyifatkan perkembangan itu sebagai situasi yang pernah berlaku menjelang PRN Johor 2022 apabila terdapat pemimpin Bersatu mengambil keputusan meninggalkan parti dan menyertai UMNO.

“Bersatu juga ada akaun bersumpah calon, tetapi perkara itu akan diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Bekas Menteri Besar Johor itu turut memaklumkan Bersatu Mersing tidak goyah kerana penggerak parti masih bersama dan akan meneruskan gerak kerja parti di kawasan berkenaan.

Pada Khamis, Alwiyah yang juga Ketua Bersatu Bahagian Mersing mengumumkan keluar parti dan meletakkan semua jawatan yang disandangnya dalam parti.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2018, Alwiyah pertama kali memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket Barisan Nasional (UMNO).

Namun, pada Mei 2018, beliau bersama beberapa ADUN Johor yang lain telah keluar daripada UMNO dan Bersatu.

Pada PRN2022, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Endau di bawah tiket Perikatan Nasional (PN-Bersatu) dalam pertandingan lima penjuru.

Mesti Baca

Scroll to Top