LATEST

Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di Moscow

Agong berangkat pulang selepas akhiri lawatan khas di Moscow

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berangkat pulang ke tanah air selepas mengakhiri lawatan khas di Moscow, Rusia.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pesawat peribadi Seri Paduka Baginda berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo-2, Moscow pada 3.30 petang waktu tempatan Rusia, pada Ahad.

Baca juga: Prof. Azhar ‘lahir’ lima graduan doktor falsafah

Seri Paduka Baginda berangkat tiba di Moscow pada Rabu lepas atas undangan khas kerajaan Rusia sebagai tetamu kehormat sambutan Ulang Tahun Hari Kemenangan yang berlangsung semalam.

Undangan khas daripada Presiden Rusia Vladimir V Putin kepada Seri Paduka Baginda untuk berangkat ke sambutan itu mencerminkan pengiktirafan tertinggi kerajaan Rusia terhadap Malaysia.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news