“Aku Tak Lawan Bukan Sebab Aku Lemah” – Lelaki Dakwa Ditumbuk Warga Emas Ketika Beratur Beli Nasi Lemak

“Aku Tak Lawan Bukan Sebab Aku Lemah” – Lelaki Dakwa Ditumbuk Warga Emas Ketika Beratur Beli Nasi Lemak

Trending

Mangsa turut berkongsi rakaman CCTV kejadian untuk dinilai orang ramai.


Seorang lelaki mendakwa dirinya menjadi mangsa serangan ketika sedang beratur untuk membeli sarapan di sebuah premis nasi lemak di sekitar Puncak Alam.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ahmad Zhafri Samsudin mendakwa kejadian berlaku selepas dia terbatuk di belakang seorang lelaki warga emas ketika mereka sedang menunggu giliran.

Dakwa ditumbuk, ditampar dan ditolak

warga emas

Menurut Ahmad Zhafri, orang tua itu tiba-tiba naik angin dan menumbuk mukanya. Dia juga ditolak serta ditengking secara tiba-tiba di hadapan pelanggan yang lain.

Dia turut mendakwa individu terbabit mengambil garfu di kaunter dengan tujuan untuk mencederakannya.

Akibat kejadian itu, Ahmad Zhafri mendakwa mengalami kecederaan pada bahagian pipi dan dagu sebelah kiri.

Katanya, surat rujukan doktor sudah dibuat dan laporan polis turut akan disediakan sebagai perlindungan untuk dirinya.

Rakaman CCTV dikongsi

Dalam perkongsian seterusnya, dia memuat naik rakaman CCTV dan meminta orang ramai menilai sendiri situasi berkenaan.

Dia turut menegaskan bahawa tiada sesiapa sepatutnya terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya melakukan kesalahan.

Ahmad Zhafri turut merakamkan penghargaan kepada pihak polis dan orang awam yang didakwa membantu sepanjang kejadian serta siasatan dijalankan.

Dalam masa sama, dia meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan individu berkenaan supaya menghubunginya atau membuat laporan terus kepada pihak polis.

Pssttt! Apa pun punca perselisihan, keganasan bukan jalan penyelesaian. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.

Kredit: Facebook Ahmad Zhafri Samsudin
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top