LATEST

Arena Wan Serba Salah, Tak Setuju Dengan Tindakan Keluarga

Arena Wan Serba Salah, Tak Setuju Dengan Tindakan Keluarga

Pelakon Arena Wan mengakui serba salah susulan kontroversi membabitkan bapanya, Iman Wan yang kini menjadi bualan di media sosial.

Menerusi perkongsian di Threads, Arena berkata dia sayangkan keluarga namun tidak bermakna dia setuju dengan keputusan dibuat. Menurut Arena lagi, dia turut sedih seluruh keluarga menerima tempias susulan tindakan bapanya itu.

Baca juga: Bukit Aman sedang semak identiti lelaki didakwa warga Malaysia maut ditembak di Filipina

“Saya sebenarnya berada dalam keadaan serba salah. Saya sayangkan keluarga dan akan sentiasa menyokong mereka.  Tapi itu tidak bermakna saya setuju dengan apa yang mereka kata atau lakukan.

“Sedih bila tengok apa yang telah dilakukan oleh ayah sampai terlibatkan semua keluarga. Saya sedih semua ini berlaku di luar kawalan saya dan itu adalah keputusan dibuat oleh ayah,” katanya.

Terdahulu, bapa Arena memuat naik video membawa anak istimewanya, Adam makan di sebuah restoran yang telah ditempah untuk satu acara.

Difahamkan, keluarga Adam meminta budi bicara daripada pihak restoran untuk makan sebentar dan kakitangan setuju dengan permintaan berkenaan. 

Latest news