Oh! Artis
Azar Azmi didakwa belum bayar hutang RM15,000 sejak 6 tahun lalu, abang Siti Jamumall tampil bersuara.
Abang kepada pempengaruh terkenal, Siti Jamumall mendakwa pelakon, Azar Azmi masih belum melunaskan hutang lama. Hutang itu didakwa berlarutan sehingga enam tahun.
Abiejam atau nama sebenarnya Mohd Khairul Nizam Wahiddin mendakwa pelakon Azar Azmi masih belum melunaskan hutang berjumlah RM15,000.

Menurutnya, wang dan bantuan itu diberikan bagi membantu Azar memulakan perniagaan termasuk menyediakan barangan jualan dan sokongan untuk siaran langsung.
Tapi selepas dapat semua tu Azar terus hilang, saya hubungi pun tidak dijawab, mesej tak balas sampai sekarang.- Katanya.
Abang Siti Jamumall simpan lama sebelum tampil bersuara

Abiejam mengakui dia sudah lama menyimpan perkara tersebut sebelum mengambil keputusan untuk bersuara sekarang. Dia menegaskan, pendedahan ini bukan untuk tumpang populariti tetapi lebih kepada menuntut hak yang belum diselesaikan.
Ini bukan soal tumpang glamor tapi ini soal hutang jadi jangan lari.- Katanya.
Dalam masa sama, Abiejam turut mendakwa mempunyai bukti kukuh dan tidak gentar jika perkara ini dibawa ke mahkamah. Dia juga berharap isu ini dapat diselesaikan secara baik, namun Azar perlu tampil berjumpa dengannya terlebih dahulu.
Pssttt! Kalau melibatkan hutang, jangan ambil ringan walau kecil atau besar jumlahnya. Korang kena ingat, kepercayaan orang tu susah nak dapat tapi senang je hilang kalau tak jaga amanah. Kalau ada masalah, bincang baik-baik dan selesaikan cara matang.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




