“Bagi Saya Dia Tak Beradab, Tak Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Yusof Haslam” – Salina Saibi

“Bagi Saya Dia Tak Beradab, Tak Minta Maaf Secara Bersemuka Dengan Yusof Haslam” – Salina Saibi

Pelakon Salina Saibi meluahkan rasa kesal berikutan Tisha Shamsir belum bersemuka dengan pengarah Datuk Yusof Haslam untuk memohon maaf.

Memetik mStar Online, Salina berkata Tisha boleh terus ke rumah pengarah itu untuk Yusof Haslam serta menyifatkan aktres itu tidak beradab.

BACA: “Kita Manusia Biasa Tak Terlepas Buat Salah” – Pelakon Gerak Khas Mohon Maaf Kepada Yusof Haslam

“Kalau orang dah tabur tahi di rumah, apa yang patut dilakukan? Sepatutnya kena bersihkan kotor yang telah dia buat.

“Bagi saya dia tidak beradab. Dia tak minta maaf secara bersemuka dengan Datuk Yusof. Kami dah lama bekerjasama, dah seperti satu keluarga. Boleh saja dia pergi pejabat atau rumah Datuk Yusof seperti mana dia minta kerja dahulu,” katanya.

Sementara itu, Salina turut kecewa apabila namanya didakwa dipetik oleh Tisha sehingga memberi kesan terhadap imejnya sebagai anak seni.

“Apa yang dia kata telah busukkan nama saya. Bertahun saya jaga nama baik tapi dia berani petik nama saya. Perkara itu memberi kesan sehingga saya tahu ada yang memandang tidak elok kepada saya,” katanya.

Pada 7 Julai lalu, Tisha tahan bersama beberapa individu lain di sebuah bilik VIP di sebuah pusat hiburan di ibu negara dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top