LATEST

Warga Bangladesh paling ramai langgar syarat pas imigresen

Warga Bangladesh paling ramai langgar syarat pas imigresen

KUALA LUMPUR – Warga Bangladesh mencatatkan jumlah tertinggi dalam kalangan warga asing yang melanggar syarat pas di Malaysia dengan 6,898 orang direkodkan sejak 2023 hingga 15 September lalu.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia diikuti warga Thailand seramai 4,856 orang, Indonesia (2,154), China (1,207), Vietnam (1,046), Pakistan (823), Myanmar (531), India (500), Nepal (328), Laos (172) dan Filipina (157), manakala selebihnya melibatkan lain-lain warganegara.”Sebanyak 18,838 kesalahan melanggar syarat pas di bawah Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 direkodkan bagi tempoh berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.Menurutnya, kemudahan pas lawatan sosial atau pengecualian visa bagi tujuan lawatan sosial dan pelancongan tidak memberikan kebenaran kepada warga asing untuk bekerja serta menjalankan aktiviti perniagaan di Malaysia.Tegasnya, warga asing dilarang menjalankan sebarang aktiviti perniagaan, perdagangan komersial atau bekerja di negara ini tanpa memiliki pas dan permit kerja yang sah.”Bagi menangani aduan dewan-dewan perniagaan berhubung penguasaan perniagaan komersial dan peruncitan secara haram oleh warga asing menerusi kemasukan bebas visa atau pas lawatan sosial, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) melaksanakan 5,053 operasi penguatkuasaan di seluruh negara bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Mei 2026.”Operasi berkenaan melibatkan pemeriksaan terhadap 72,854 individu dan membawa kepada penahanan 2,306 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) atas kesalahan melanggar syarat pas,” jelasnya.Katanya lagi, dalam tempoh sama, seramai 801 majikan turut diambil tindakan kerana menggaji warga asing yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah.”Bagi tempoh sama, Ops Selera merekodkan 759 operasi dengan tangkapan 2,338 PATI, manakala Ops Belanja melaksanakan 409 operasi dengan tangkapan 589 PATI dan Ops Jaja pula menjalankan 75 operasi yang membawa kepada penangkapan 90 PATI.”Selain operasi penguatkuasaan, JIM turut melaksanakan penugasan pegawai secara omnipresence memberi tumpuan kepada pemantauan, pemeriksaan, pemberian nasihat dan amaran kepada pemilik premis serta majikan menggaji atau melindungi warga asing yang melanggar syarat pas serta permit.”JIM juga menetapkan sasaran kepada semua Jabatan Imigresen Negeri untuk meningkatkan bilangan operasi dan tindakan terhadap majikan yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujar beliau.

Latest news