razis@hmetro.com.my
Puchong: Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) akan membentangkan Belanjawan Bayangan 2027, Rabu ini.
Pemimpin BERSAMA Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, Belanjawan Bayangan 2027 akan dibentangkan pada 8 malam di Ibu pejabat BERSAMA.
“Belanjawan Bayangan 2027akan menggariskan pendekatan alternatif dalam menangani cabaran-cabaran utama negara.
“Ada beberapa anjakan besar yang dicadangkan yang mencabar pendekatan ‘business-as-usual’ dan conventional wisdom” yang menjadi asas kepada belanjawan-belanjawan kerajaan sebelum ini,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Belanjawan 2027 akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, 3.30 petang, Jumaat ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




