LATEST

Bezzecchi juarai pecut Portugal

Bezzecchi juarai pecut Portugal

PORTIMAO: Marco Bezzecchi menjuarai perlumbaan pecut MotoGP Portugal selepas Marc Marquez terjatuh ketika berada di kedudukan ketiga pada pusingan penultimate, sekali gus menangguhkan peluang pelumba Sepanyol itu untuk mengesahkan gelaran dunia kelapan.

Marquez yang berpeluang mengunci kejuaraan pada perlumbaan itu mengalami kemalangan di selekoh tujuh ketika beraksi di litar basah, sekali gus menyaksikan perebutan gelaran masih berlanjutan menjelang Grand Prix (GP) esok.

Baca juga: Sam dan Aida Pelakon Terbaik FFM35, Sam belanja 100 piza percuma

Bezzecchi yang menunggang jentera Aprilia meraih kemenangan pecut pertamanya musim ini selepas bermula dari petak pertama dan menguasai perlumbaan dengan mengekalkan kelebihan di hadapan Raul Fernandez serta Alex Marquez.

Fernandez menamatkan perlumbaan di tempat kedua, manakala Alex Marquez mengisi kedudukan ketiga selepas Marquez terpaksa menarik diri akibat terjatuh ketika hujan semakin memburukkan keadaan litar.

Marquez masih berada dalam kedudukan kukuh untuk merangkul kejuaraan apabila memiliki kelebihan 55 mata ke atas Jorge Martin yang menamatkan pecut di tempat kelima, manakala Bezzecchi berada di tangga ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 62 mata.

“Saya sangat gembira, perlumbaan sprint sebelum ini seperti satu penyeksaan buat saya, terima kasih banyak kepada pasukan,” kata Bezzecchi.

Perlumbaan itu turut diawalkan 30 minit berikutan risiko cuaca buruk, namun keadaan trek basah tetap menyumbang kepada insiden yang menimpa Marquez ketika dia hampir menyelesaikan misi kejuaraan.

Marquez masih berpeluang mengesahkan gelaran pada GP esok apabila memburu gelaran dunia kelapan dalam kelas premier bagi menyamai rekod legenda Itali, Giacomo Agostini. – AFP

The post Bezzecchi juarai pecut Portugal appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news