LATEST

KRW akhirnya tamat kemarau kemenangan

KRW akhirnya tamat kemarau kemenangan

sukan@hmetro.com.my

Baca juga: Bersih raikan 20 tahun perjuangan, hargai suara rakyat bawa perubahan

Kota Bharu: Kelantan Red Warrior (KRW) akhirnya menamatkan kemarau kekalahan di Liga Super musim ini selepas menundukkan Sabah FC 2-1 dalam aksi, hari ini.

Pelawat terlebih dahulu membuka jaringan hasil tandukan Jose Alonso menyempurnakan sepakan percuma pasukan di minit ke 31.

KRW membuat percubaan bahaya minit ke 41 namun sepakan pemain sekadar melewati palang gol menafikan tuan rumah menyamakan kedudukan.

Empat minit berselang, anak buah Irfan Bakti Abu Salim sekali lagi membuat percubaan jarak jauh namun bola berjaya ditangkap kemas Juan Flere.

Meskipun dilihat lebih menguasai perlawanan dengan sembilan percubaan, KRW terpaksa akur ke bilik persalinan dengan ketinggalan 0-1 ke atas Sang Badak.

Memasuki babak kedua, pemain gantian, Muhammad Rizuan Muda berjaya menukar skrip perlawanan apabila menjaringkan gol penyamaan minit ke 72.

KRW yang mengalami enam kekalahan berturut-turut musim ini, ghairah mencari gol kedua dan berjaya diperoleh minit ke 84  menerusi rembatan dalam kotak penalti import, Emmanuel Mbarga.

Perlawanan tambah menarik apabila Sabah hampir diberikan penalti di minit tambahan yang mencetus dramatik di stadium selepas berlaku kekasaran pemain KRW ke atas Sabah.

Namun semakan sistem video bantuan pengadil (VAR) membatalkan sepakan penalti yang melegakan 693 penonton di stadium.

Tiupan wisel akhirnya menoktahkan KRW membawa tiga mata pertama musim ini dengan keputusan 2-1 ke atas anak buah Juan Torres Garrido.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news