LATEST

Bongkar dalang utama sindiket dadah, jangan hanya tangkap orang tengah – Pemuda Pas

Bongkar dalang utama sindiket dadah, jangan hanya tangkap orang tengah – Pemuda Pas

SHAH ALAM – Kerajaan digesa membongkar dalang utama, pembiaya dan pihak yang melindungi sindiket pengedaran dadah, bukan hanya mengambil tindakan terhadap individu yang terlibat dalam kegiatan itu.Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM), Nadzir Helmi berkata, tindakan terhadap pihak yang disyaki terlibat dalam rantaian logistik semata-mata tidak mampu melumpuhkan keseluruhan ekosistem sindiket dadah sekiranya dalang utama masih bebas.Menurutnya, siasatan menyeluruh perlu dilaksanakan bagi menelusuri aliran kewangan, rangkaian pengedaran serta kemungkinan wujud unsur perlindungan oleh pihak berkepentingan.”Kerajaan mesti memastikan tiada ruang perlindungan diberikan kepada mana-mana pihak yang menjadi dalang di sebalik kegiatan pengedaran dadah ini tanpa mengira pangkat, kedudukan mahupun pengaruh,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Nadzir berkata, DPPM mengikuti rapat perkembangan kes penyeludupan dan pengedaran dadah termasuk yang membabitkan pegawai agensi pertahanan negara.Beliau memaklumkan, pihaknya mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk pengkhianatan dan penyalahgunaan amanah, lebih-lebih lagi apabila melibatkan aset strategik pertahanan negara.”DPPM menghormati proses perundangan terhadap enam individu yang berdepan pertuduhan mengikut peruntukan undang-undang yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup berserta sebatan.”Dadah dan rasuah merupakan musuh utama negara yang perlu diperangi melalui penguatkuasaan undang-undang secara tegas serta pengenaan hukuman berat terhadap mana-mana pihak yang terbukti bersalah,” katanya.Bagaimanapun, Nadzir berkata, usaha mengenal pasti, menangkap dan mendakwa dalang utama sindiket berkenaan perlu disegerakan sebelum sebarang hukuman mati dijatuhkan terhadap enam tertuduh sekiranya mereka didapati bersalah.”Jangan jadikan nyawa anggota sebagai kambing hitam, namun kepala sindiket terus bebas mengaut keuntungan dan merosakkan negara,” katanya.

Latest news