Oh! Arena
Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez sah berkahwin dalam majlis tertutup di Cascais, Portugal.
Selepas hampir sedekad bersama, hubungan Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez akhirnya melangkah ke fasa baharu apabila pasangan itu dilaporkan sah bergelar suami isteri.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara tertutup di sebuah resort di Cascais, Portugal, dengan kelima-lima anak pasangan berkenaan turut hadir menyaksikan detik istimewa tersebut.
Mula dengar tak jadi kahwin, sekali hari ini dah sah suami isteri

Kisah Ronaldo dan Georgina bermula pada 2016 ketika wanita berusia 32 tahun itu bekerja di sebuah kedai Gucci di Madrid.
Pertemuan pertama mereka ternyata meninggalkan kesan besar apabila Georgina sebelum ini menyifatkan detik berkenaan sebagai “cinta pandang pertama”.
Pasangan itu kemudian mengumumkan pertunangan mereka menerusi Instagram kira-kira setahun sebelum melangsungkan perkahwinan.
Cincin kahwin Cristiano Ronaldo dan pasangan jadi perhatian

Berita perkahwinan itu turut dikongsikan Ronaldo menerusi akaun Instagram miliknya apabila penyerang berusia 41 tahun tersebut memuat naik gambar bersama Georgina.
Apa yang mencuri perhatian pastinya cincin perkahwinan yang dipakai kedua-duanya dalam perkongsian berkenaan.
Majlis itu berlangsung jauh daripada perhatian umum dengan hanya ahli keluarga terdekat termasuk kelima-lima anak mereka dilaporkan hadir.
Dua nama besar dunia
Ronaldo kini beraksi bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr selepas pernah menyarung jersi Manchester United, Real Madrid dan Juventus.
Bintang Portugal itu juga pernah memenangi anugerah Ballon d’Or sebanyak lima kali dan mewakili negaranya pada Piala Dunia sebelum Portugal tersingkir di peringkat 16 terakhir.
Georgina pula membina popularitinya sendiri menerusi media sosial serta rancangan Netflix, I Am Georgina. Pasangan berkenaan secara keseluruhan mempunyai lebih 750 juta pengikut di media sosial selain memiliki portfolio pelaburan melibatkan jenama fesyen dan rangkaian hotel.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

