LATEST

DAP gesa pimpinan BN, PN dituntut perjelas pendirian isu Tuanku Muhriz

DAP gesa pimpinan BN, PN dituntut perjelas pendirian isu Tuanku Muhriz

PETALING JAYA: Kepemimpinan pusat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) digesa menjelaskan sama ada mereka mengetahui atau merestui tindakan wakil rakyat masing-masing dalam kemelut kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Gesaan tersebut dibuat empat pemimpin DAP iaitu Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Syahredzan Johan, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Young Syefura Othman, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat Sheikh Umar Bagharib Ali dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid dalam satu kenyataan Bersama hari ini.

Baca juga: Kad pokemon bernilai lebih RM500,00 dicuri dalam rompakan di Denmark

Mereka mendakwa kepimpinan pusat UMNO, Pas, MCA dan Wawasan tidak pernah secara terbuka membantah atau menolak tindakan wakil rakyat masing-masing dalam kemelut berkenaan.

“Kepemimpinan pusat BN dan PN wajar menyatakan pendirian mereka secara terbuka sama ada mereka mengetahui dan merestui tindakan Menteri Besar dan bekas Exco,” katanya di sini, hari ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim bersama 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) sebelum ini menarik balik surat pengesahan pelucutan Tuanku Muhriz.

Mereka turut menyifatkan penarikan balik surat itu sebagai bukti kegagalan usaha yang didakwa bertujuan menggulingkan Tuanku Muhriz.

Dalam pada itu, keempat-empat pemimpin tersebut turut menggesa semua pihak terbabit memohon ampun secara terbuka kepada Tuanku Muhriz dan Raja-Raja Melayu lain.

Mereka juga mahu Sekretarat Kerajaan Perpaduan supaya menentukan keberadaan BN dan UMNO di atas tindakannya dalam isu itu yang telah melanggar garis merah.

Mereka turut menggesa pihak berkuasa mendedahkan hasil siasatan terhadap Ismail dan 10 bekas exco, selain membawa pihak yang didakwa terbabit ke muka pengadilan. – UTUSAN

The post DAP gesa pimpinan BN, PN dituntut perjelas pendirian isu Tuanku Muhriz appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news