LATEST

Disangka lemas rupanya selamat solat Jumaat di masjid

Disangka lemas rupanya selamat solat Jumaat di masjid

PETALING JAYA: Lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus sungai di Kampung Sungai Raya, Batu 9, semalam, ditemukan selamat ketika menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid, hari ini.

Mangsa, Anuar Abdul Ghani, 50, ditemukan pada pukul 2.15 petang di Masjid Batu 10 dalam keadaan sihat dan selamat.

Baca juga: Dua pesara tentera didakwa tipu, palsukan dokumen tawaran tender MINDEF

Bagaimanapun, hasil maklumat yang diperoleh mendapati mangsa sebenarnya tidak lemas atau dihanyutkan arus sungai sebaliknya berjaya berenang ke tebing sungai dengan sendiri sebelum ditemukan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan sebelum ini ditamatkan selepas mangsa berjaya ditemukan.

Beliau berkata, maklumat penemuan mangsa turut dimaklumkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 3 petang.

“Operasi berkenaan melibatkan kekuatan tujuh anggota JBPM dengan penggunaan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Light Operational Vehicle (LOV).

“Turut terlibat dalam operasi itu ialah PDRM dengan tujuh anggota serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) seramai dua anggota,” jelasnya. – UTUSAN

The post Disangka lemas rupanya selamat solat Jumaat di masjid appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news