LATEST

Remaja 17 tahun antara 5 ditahan kes curi kabel ragut nyawa

Remaja 17 tahun antara 5 ditahan kes curi kabel ragut nyawa

jashadiqe@nst.com.my

Baca juga: MAKAF pertimbang lantik jurulatih asing

Iskandar Puteri: Remaja lelaki berusia 17 tahun adalah antara lima lelaki ditahan polis berkaitan kes curi kabel di Taman Nusa Bestari, di sini, hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut dan seorang lagi parah.

Kesemua suspek berusia antara 17 hingga 27 tahun itu ditahan polis di sekitar Kota Tinggi malam tadi.

Mangsa, S Thanus, 22, dilaporkan meninggal dunia pada Rabu lalu selepas dilanggar suspek yang cuba melarikan diri dari lokasi kejadian pada 4.30 pagi pada Selasa lalu.

Seorang lagi mangsa, R Vinod Kumar, 34, terselamat namun mengalami kecederaan serius termasuk paru-paru kempis (collapsed lung) dan patah lengan.

Mangsa dijadualkan menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta, di sini, hari ini.

Difahamkan, pihak polis berjaya mengenal pasti kenderaan dinaiki suspek menerusi risikan walaupun penjenayah menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha yang dihubungi hari ini mengesahkan penahanan itu.

“Lima suspek berjaya ditahan, usaha mengesan rakan subahat mereka juga sedang giat dijalankan.

“Ya, kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news