Dalam dunia yang penuh godaan, bukan semua mampu menolak wang yang datang bergolek. Tapi kisah melibatkan Usop Minyak Hitam Jalanan ini benar-benar buat ramai tersentuh apabila dia memilih untuk menolak RM3,000 demi menjaga amanah.
Perkongsian yang dibuat ini terus menjadi perhatian netizen, malah ramai menganggap ia sebagai contoh terbaik nilai keikhlasan yang semakin jarang ditemui hari ini.
Tolak RM3k pemberian Dicky hasil gift TikTok
@minyakhitamjalanan_ Aku tak tahu nak cerita macam mana.. pagi tadi abg cina yang aku tolong tu dia call aku.. Abg cina: hai abg Usop, nak jmpe abg Usop blh ke ptg ni, saya datang jmpe abg Usop.. haritu saya dah janji dalam live tiktok, duit yang saya dapat gif tiktok ni nak bagi dekat abg untuk abg tolong orang lain plk. 🧑🏻🔧: hai nya, knpe nak bagi saya plk, org bagi untuk u la.. saya tak nak itu duit, u buat belaje sahaje duit tu.. Abg cina: jangan abg Usop, saya dah janji dlm tiktok saya kne bagi jgk.. total gif saya dapat dalam RM 5k saya bagi abg Usop 3K, yang lebih tu saya nak hantar balik kampung sebab anak nak sekolah.. 🧑🏻🔧: tak payahlah bagi saya u buat belaje anak u sahaje.. Abg cina: jangan abg Usop, abg Usop bagi location Skrang, saya datang jmpe abg Usop.. ” Aku ambil pendapat isteri aku, Isteri aku cakap, abg ambil duit tu, lepas tu abg infaq dekat anak dia plk, ok baik” ” Saya cume jalankan amanah orang infaq & kjer saya, saya tak nak org lain salah sangka, sebab duit infaq ni bukan blh main² kalau salah jalan abis nanti, lagi satu, saya tak nak duit infaq bnyk² dekat saya, cukup la yang ade, sebab duit ni jahat, blh gelap mata nanti 😊 terima kasih semua yang mendoakan kami, semoga video ini dapat pengajaran bagi kita semua insyaallah” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah
Menurut Usop, seorang lelaki Cina dikenali sebagai Dicky yang pernah dibantunya sebelum ini telah menghubunginya semula untuk menyerahkan sebahagian wang hasil gift TikTok.
Abang cina: Hai abang Usop, nak jumpa abang Usop boleh ke petang ni, saya datang jumpa abang Usop. Haritu saya dah janji dalam live tiktok, duit yang saya dapat gift tiktok ni nak bagi dekat abang untuk abang tolong orang lain pulak.
Usop: Hai nya, kenapa nak bagi saya pulak, orang bagi untuk you la.. saya tak nak itu duit, you buat belaje sahaja duit tu..
Namun, Usop dengan rendah diri terus menolak pemberian tersebut dan meminta lelaki itu menggunakan wang berkenaan untuk dirinya sendiri.
Abang cina: Jangan abang Usop, saya dah janji dalam tiktok saya kena bagi jugak.. total gift saya dapat dalam RM5k saya bagi abang Usop RM3k, yang lebih tu saya nak hantar balik kampung sebab anak nak sekolah..
Usop: Tak payahlah bagi saya you buat belanja anak you sahaja..
Abang cina: Jangan abang Usop, abang Usop bagi location sekarang, saya datang jumpa abang Usop..
Tetap berkeras kerana janji
Walaupun ditolak, Dicky tetap mahu menunaikan janjinya kepada penonton TikTok. Malah, jumlah yang ingin diberikan bukan kecil.
@minyakhitamjalanan_ Cerita malam tadi, hari ini aku balik wal sebab hujan lebat sgt² & aku tak dapat nak berniaga di taman kota Damansara, dalam pukol 12.30malam dapat call dari abg cina ni.. Abg cina: hai bos, saya dapat nombor abg dari tiktok, tadi saya ade call nombor pomen lain dia tak layan saya, sampai dia block nombor saya, ni saya call abg, nak mintak tolong rantai motor saya putus & spoket depan hilang, abg blh tolong ke saya.. 🧑🏻🔧: hai bos, saya sudah balik bos, cube bos bagi location & gambar, kalau dekat insyaallah saya blh tolong.. Abg cina: baik² kajap saya hantar dekat abg.. ” Dia hantar location & gambar, aku tgok takde la jauh sgt la, tapi dah nak pukol 1pagi ni, aku cube bukak harga” 🧑🏻🔧: bos saya blh datang tapi mahal sikit la, spoket depan 25 rantai 80 upah 40 blh ke? Abg cina: kalau 80 tak dapat ke abg? Saya ade 80 je.. 🧑🏻🔧: tak dapat bos, sebab dah malam sgt ni bos.. itu la gji saya.. Abg cina: okkk boleh la abg, saya tunggu sini.. saya dah tak tahu nak buat ape lagi ni abg.. ” Aku pun sampai je dekat dia, borak² la dgn dia, dia pinjam duit kawan dia dulu.. lepas tu aku pun dah siap kjer, dia nak byr aku tgok dlm hp dia ade duit cukup² untuk dia je” ” Dalam hati aku, mungkin dia btl² memerlukan, aku pakai la duit infaq untuk dia 😊, Mase dia peluk aku korg jgn Tye la 🥹 aku mmg tak blh tahan dah 😭, setiap manusia pasti ade dugaan & cerita sendiri, semoga abg cina ni kuat & semangat amin” #fyp #masukberandafypシ #alhamdulillah
Akhirnya, selepas berbincang dengan isterinya, Usop bersetuju menerima wang tersebut tetapi dengan niat untuk menyalurkannya semula kepada yang memerlukan.
Aku ambil pendapat isteri aku, isteri aku cakap, abang ambil duit tu, lepas tu abang infaq dekat anak dia pulak, ok baik.
Apa yang lebih menyentuh hati, Usop menegaskan bahawa dia tidak mahu memegang duit infaq terlalu banyak kerana bimbang ia boleh membawa kepada perkara yang tidak baik.
Saya cuma jalankan amanah orang infaq dan kerja saya, saya tak nak orang lain salah sangka, sebab duit infaq ni bukan boleh main-main kalau salah jalan habis nanti, lagi satu, saya tak nak duit infaq banyak-banyak dekat saya, cukup la yang ada, sebab duit ni jahat, boleh gelap mata nanti. Terima kasih semua yang mendoakan kami, semoga video ini dapat pengajaran bagi kita semua insyaallah.
Kata-kata itu jelas menunjukkan betapa kuatnya prinsip yang dipegang oleh Usop dalam menjaga amanah yang diberikan.
Pssttt! Dalam kes ini, Usop membuktikan bahawa keikhlasan dan amanah jauh lebih bernilai daripada wang ringgit. Semoga kisah ini membuka mata ramai bahawa membantu orang lain bukan tentang ganjaran, tetapi tentang niat yang ikhlas.
Kredit: TikTok minyakhitamjalanan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




