Gencatan senjata dengan AS masih berkuat kuasa – Menteri Luar Iran

Gencatan senjata dengan AS masih berkuat kuasa – Menteri Luar Iran

TEHRAN – Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata pada Jumaat, Tehran percaya gencatan senjata dengan Washington, walaupun rapuh, masih berkuat kuasa dan usaha ke arah penyelesaian diplomatik perlu diteruskan.

“Seperti yang anda semua ketahui, ketika ini kami mempunyai gencatan senjata (dengan Amerika Syarikat). Walaupun ia tidak stabil, kami berusaha mengekalkannya bagi memberi peluang kepada diplomasi untuk mencari penyelesaian secara rundingan terhadap konflik itu,” kata Araghchi pada sidang media di New Delhi.

“Tiada penyelesaian ketenteraan bagi isu yang melibatkan Iran,” katanya sambil menjelaskan yang Tehran kekal terbuka kepada rundingan sekiranya Washington mendekati perkara itu secara serius. – Bernama

 

 

Scroll to Top