am@hmetro.com.my
Baca juga: Dua jurnal UPSI terima Anugerah Malaysia Scopus Research Star Award 2026
Kota Bharu: Remaja lelaki dikhuatiri lemas di sungai Kampung Pulau Belacan di sini, petang tadi selepas mandi bersama beberapa rakannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Mohd Faizol Hisam Abdullah, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.41 petang berhubung kejadian itu.
“Lapan pegawai dan anggota bergegas ke operasi dan pencarian di permukaan dibuat bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi.
Seorang saksi, Wan Mohd Faizal Wan Hamid, 43, berkata, dia yang kebetulan melalui jalan itu dipanggil seorang remaja lelaki yang memberitahu rakannya lemas di sungai terbabit.
Katanya, bagaimanapun mangsa sudah tidak kelihatan di permukaan sungai dan beberapa individu yang berada di lokasi juga cuba mencari tapi gagal.
“Saya segera menghubungi pihak bomba dan dalam masa yang sama ada individu lain cuba mencari menggunakan bot tapi mangsa masih tidak dijumpai,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd