MALAYSIA menjadi negara pertama menerima siri baharu telefon pintar HONOR 600, peranti mercu mampu milik jenama teknologi global berkenaan, yang disifatkan mesra penggunaan bagi kanak-kanak autisme.
HONOR 600 Series mengetengahkan ciri AI Image to Video 2.0 yang dipertingkatkan dan dikuasakan oleh model penjanaan video multimodal bersepadu yang pertama dalam industri.
Ciri berkenaan memperkenalkan tiga peningkatan utama yang membuka potensi kreativiti tanpa had kepada pengguna.
Pengguna kini boleh mengubah foto kepada kenangan bersama insan tersayang atau menghasilkan perkara yang mustahil dengan menghidupkan senario imaginatif, semuanya hanya dengan satu sentuhan tanpa memerlukan aplikasi pihak ketiga.
Timbalan Pengarah HONOR Malaysia, Ethan Chen berkata, barisan peranti mercu baharu tersebut hadir dalam versi Pro dan standard, mengetengahkan teknologi pengimejan AI termaju dalam industri serta dilengkapi pelbagai inovasi premium.

HONOR 600 Series hadir dalam versi Pro dan standard, mengetengahkan teknologi pengimejan AI termaju dalam industri serta didatangi pelbagai inovasi premium.
Ia hadir dengan bateri berkapasiti besar 7,000mAh, pemproses Snapdragon bertaraf mercu, paparan berkualiti tinggi serta ketahanan yang dipertingkatkan.
“HONOR 600 Pro ditawarkan pada harga bermula RM3,099 (12/256GB) dan RM3,299 (12/512GB). Manakala HONOR 600 pula boleh didapati pada harga RM2,599.
“Tempahan awal kini dibuka sehingga 29 April 2026. Pembeli terawal boleh menikmati rebat segera RM200, selain hadiah percuma serta pakej perlindungan bernilai sehingga RM1,935,” katanya sempena pelancaran HONOR 600 Series di sini pada Rabu.
Dari segi kamera, HONOR 600 Pro hadir dengan kamera utama 200MP Super Sensing dengan bukaan f/1.9 (sokongan CIPA 6.0 OIS), telefoto 50MP dengan bukaan f/2.8 (CIPA 6.5 OIS serta kemampuan zum sehingga 120x), ultra lebar/makro 12MP serta sokongan sensor warna. Untuk swafoto, ia dilengkapi kamera 50MP Portrait Selfie dengan bukaan f/2.0.

Majlis pelancaran HONOR 600 Series pada Rabu.
HONOR 600 Series meningkatkan standard visual dengan paparan 6.57 inci yang menakjubkan, mencapai kecerahan puncak 8,000 nits dan kadar segar semula 120Hz.
Bagi memastikan penglihatan jelas di luar, mod Sunlight memastikan paparan kekal terang walaupun di bawah cahaya matahari terik.
Selain itu, bagi mengimbangi kecerahan dengan keselesaan mata, siri tersebut dilengkapi teknologi paparan keselesaan mata HONOR, termasuk pemalapan PWM 3,840Hz serta pengoptimuman warna pintar untuk pengalaman tontonan yang selesa tanpa kerlipan.
Direka untuk ketahanan maksimum, HONOR 600 Series dibina dengan tahap ketahanan yang dipertingkatkan.
Hadir dengan penarafan IP69K yang pertama dalam siri N, ia menawarkan perlindungan tertinggi dalam industri terhadap air dan habuk.
Ia juga mempunyai penarafan IP68 dan IP69. Dengan pensijilan SGS 5 Bintang Jatuh dan Remuk, siri ini direka untuk menahan pelbagai keadaan serta jatuhan, sekali gus memberikan ketenangan kepada pengguna.



