LATEST
World News

Iran beri amaran, Seoul ‘intai’ perairan panas Teluk Oman

Iran beri amaran, Seoul ‘intai’ perairan panas Teluk Oman

TEHERAN – Iran memberi amaran bahawa kehadiran tentera asing di rantau Teluk berpotensi meningkatkan ketegangan dan memburukkan lagi konflik di Asia Barat ketika Korea Selatan sedang mempertimbangkan peluasan kawasan operasi unit tentera lautnya ke perairan selatan Teluk Oman.Menteri Luar, Abbas Araqchi menyuarakan kebimbangan itu menerusi panggilan telefon dengan rakan sejawatnya di Seoul, Cho Hyun pada Khamis.Kedutaan Iran di Seoul menerusi hantaran di platform X pada Jumaat memaklumkan Araqchi berpendapat kehadiran pasukan tentera asing bukan sahaja tidak membantu mewujudkan keamanan malah boleh meningkatkan ketegangan dan memperluas skop konflik.Bagaimanapun, Hyun menegaskan Seoul tidak berhasrat menyertai mana-mana peperangan atau menghantar anggota tenteranya ke rantau Teluk.Sebaliknya, cadangan untuk memperluas kawasan operasi unit tentera laut Cheonghae sehingga meliputi perairan luar Teluk Oman demi memastikan keselamatan kapal komersial negara itu.Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan kini meneliti usul kerajaan berhubung peluasan berkenaan yang bertujuan melindungi laluan pelayaran, kepentingan rakyat dan ekonomi negara itu.Difahamkan, unit Cheonghae yang ditugaskan menjalankan operasi antipelanunan telah ditempatkan di Teluk Aden sejak 2009.Korea Selatan merupakan antara negara pengimport minyak dan gas terbesar dunia dengan kira-kira 70 peratus bekalan minyaknya pada 2025 diperoleh dari Asia Barat.Sebahagian besar penghantaran minyak berkenaan melalui Selat Hormuz, laluan strategik yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.Ketegangan di Hormuz mencerminkan kebimbangan Seoul terhadap keselamatan laluan perdagangan tenaga ketika ketegangan serantau terus memberi tekanan kepada pergerakan kapal komersial di perairan strategik berkenaan. – Agensi

More in World News

View all

Latest news