LATEST
Current Affairs

KAFA sedia bantu selesaikan sekatan FIFA KRW FC

KAFA sedia bantu selesaikan sekatan FIFA KRW FC

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) bersedia mengadakan perbincangan rasmi dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi membantu mencari jalan penyelesaian berhubung sekatan perpindahan pemain yang dikenakan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Kelantan Red Warrior (KRW FC).Presidennya, Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata, pihaknya memahami FAM sudah mengambil pelbagai langkah termasuk membuat rayuan dan mengadakan rundingan dengan FIFA sehingga ke tahap maksimum bagi menangani isu berkenaan.”Bagaimanapun, FIFA mempunyai peraturan serta SOP (prosedur operasi standard) tersendiri yang mungkin menyukarkan pihak yang dikenakan tindakan mendapatkan pelepasan daripada sekatan tersebut.”KAFA akan menggunakan kedudukan dan peranan baharu badan induk bola sepak di negeri ini untuk mengadakan perbincangan secara rasmi dengan FAM bagi membantu pasukan,” katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Kongres Luar Biasa KAFA di sini pada Khamis.Media sebelum ini melaporkan, pengendali KRW FC, Irfan Bakti Abu Salim masih berharap sedikit ruang untuk mengikat beberapa pemain baharu, termasuk import demi mempertingkatkan keupayaan pasukan bagi mengharungi Liga Super musim ini.Beliau bagaimanapun menekankan bahawa segala masalah berkait sekatan perpindahan yang dikenakan oleh FIFA ke atas KRW FC perlu dirujuk kepada pihak pengurusan kelab.Menurutnya, beliau dimaklumkan, sehingga kini pihak pengurusan KRW FC masih berusaha menyelesaikan isu berkenaan kerana tunggakan gaji pemain perlu dilangsaikan sepenuhnya.

More in Current Affairs

View all

Latest news