LATEST
Current Affairs

Pemilik City boleh dipaksa jual kelab

Pemilik City boleh dipaksa jual kelab

PEMILIK Manchester City berdepan kemungkinan terpaksa melepaskan pegangan kelab itu sekiranya keputusan bersalah melanggar peraturan kewangan Liga Perdana Inggeris (EPL) kekal diputuskan terhadap mereka.Amaran itu disuarakan Pengerusi Pengawal Selia Bola Sepak Bebas (IFR), David Kogan yang menegaskan badan berkenaan tidak akan gentar mengambil tindakan terhadap pemilik kelab gergasi itu meskipun berdepan isu yang cukup besar dan rumit.Kogan berkata, IFR mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik dan pengarah kelab sekiranya didapati gagal memenuhi standard integriti serta tadbir urus yang ditetapkan.Beliau turut menegaskan saiz dan reputasi Manchester City tidak akan menjadi alasan untuk badan berkenaan mengetepikan tanggungjawabnya dalam memastikan peraturan bola sepak England dipatuhi.”Jangan lihat nama kelab, saiz kelab atau skala isu yang dihadapi. Kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab berkanun hanya kerana sesebuah kelab itu mempunyai kedudukan besar,” katanya.Malah, Ketua Pegawai Eksekutif IFR, Richard Monks menjelaskan, pemilik yang didapati tidak lagi layak boleh diberikan tempoh untuk menjual pegangan mereka sebelum pihak ketiga dilantik bagi menguruskan proses penjualan berkenaan.”Jika harga yang ditetapkan lebih rendah daripada nilai yang dikehendaki pemilik, maka itulah keadaannya,” katanya.Pada September lalu, Manchester City didapati bersalah atas 114 pelanggaran peraturan kewangan EPL namun kelab itu telah mengemukakan rayuan dan menafikan sebarang salah laku.Kes berkenaan membabitkan dakwaan pelanggaran peraturan kewangan dalam tempoh beberapa musim sekali gus mencetuskan perhatian besar terhadap pengurusan kewangan kelab yang dimiliki Sheikh Mansour Zayed Al Nahyan itu.Kogan bagaimanapun menegaskan sebarang tindakan lanjut hanya akan ditentukan berdasarkan bukti dan peruntukan undang-undang, bukannya pengaruh politik atau kedudukan sesebuah kelab dalam bola sepak England.

More in Current Affairs

View all

Latest news