am@hmetro.com.my
Baca juga: Enam wakil SSMT mara
Seremban: Seramai 22 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir dalam perjumpaan khas, malam ini mencapai kata sepakat untuk akur dan patuh atas apa jua arahan pucuk pimpinan dan ketetapan parti.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia termasuk ADUN daripada Parti Perikatan Nasional (PN).
“Ini bagi memastikan segala kemelut politik yang sedang melanda dapat diselesaikan segera demi kestabilan dan kemakmuran rakyat Negeri Sembilan,” katanya dalam kenyataan selepas perjumpaan khas ADUN di Wisma UMNO Negeri Sembilan, di sini, malam ini.
Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, seramai 22 daripada jumlah keseluruhan 25 ADUN BN dan PN Negeri Sembilan hadir dalam perjumpaan berkenaan.
Katanya, selain Menteri Besar Datuk Ismail Lasim, dua lagi ADUN tidak hadir kerana berada di luar negara.
“Namun, kedua-dua ADUN yang berada di luar negara turut menyatakan sokongan penuh atas apa jua keputusan mesyuarat pada malam ini,” katanya.
Mesyuarat bermula jam 9 malam itu mengambil masa dua jam setengah dan berakhir jam 11.30 malam.
© New Straits Times Press (M) Bhd