LATEST
Social Media

Kerajaan masih ada mandat, belum masa bubarkan Parlimen – PM Anwar

Kerajaan masih ada mandat, belum masa bubarkan Parlimen – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan masih mempunyai mandat untuk meneruskan pentadbiran dan belum melihat keperluan untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat.

Menurut laporan Kosmo! Online, beliau berkata, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah mengekalkan kestabilan politik selain memastikan momentum pertumbuhan ekonomi negara terus diperkukuh, terutama ketika dunia berdepan pelbagai ketidaktentuan.

Baca juga: “Tak ada isu sorok-sorok” – KPM jawab isu pelajar MCKK meninggal dunia di sekolah

Anwar berkata, rakyat juga mengharapkan kerajaan memberi fokus kepada pemulihan serta pembangunan ekonomi berbanding terlalu menumpukan kepada persaingan politik.

“Saya percaya rakyat juga mahu kestabilan, rakyat juga mahu ekonomi berkembang dan rakyat pun mahu jangan kita hanya berpolitik sepanjang masa.
“Bagilah masa, kita ada mandat. Sampai pilihan raya, bertempurlah pula,” katanya.

Foto arkib: Utusan

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) mengenai kemungkinan kerajaan membubarkan Parlimen bagi mendapatkan mandat baharu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan semua pihak supaya tidak terlalu selesa atau yakin dengan kedudukan politik masing-masing kerana keputusan akhir tetap berada di tangan rakyat.

Sumber: Kosmo! Online (Amir Haikal Kamarudin)

More in Social Media

View all

Latest news