LATEST

“Kerap Dapat Watak Penyondol, Takut Jadi Badi” 

“Kerap Dapat Watak Penyondol, Takut Jadi Badi” 

Pelakon Nadia Brian berkata dia mengakui bimbang jika dia sering membawakan watak antagonis atau penyondol  yang dibawanya menjadi ‘badi’ buat dirinya.

Memetik Astro Gempak, Nadia berkata dia mahu penonton di luar sana tahu dia mempunyai kebolehan membawa watak lain.

Baca juga: ‘Pas tak ajar kejar jawatan’ – Rafie

BACA: Tak Ada Jodoh, Nadia Brian Sahkan Putus Cinta Dengan Nedim

“Saya terlalu kerap dapat watak penyondol. Takut sebenarnya jadi badi. Tapi sebenarnya watak-watak sebegitu memerlukan usaha yang lebih.

“Saya rasa saya antara artis yang konsisten dapat watak yang seakan sama. Saya nak orang di luar sana tahu yang saya boleh buat lebih dari watak itu. Yang tak perlu ‘make up’ pun saya boleh,” katanya.

Sementara itu, Nadia berkata dia mengidamkan  membawa watak dalam karya biopik seperti kisah Mahsuri.

“Saya teringin nak bawa watak biopik. Contohnya seperti watak Mahsuri,” katanya. 

Sumber: Astro Gempak

Latest news