SEOUL, Korea Selatan, 7 Ogos 2026 — Human Rights Without Frontiers (HRWF), bersama CAP Liberté de Conscience (CAP LC), yang telah diiktiraf ECOSOC di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), FOREF, CESNUR dan Bitter Winter, hari ini mengadakan sidang media di Seoul Foreign Correspondents’ Club mengenai hak Kebebasan Beragama atau Kepercayaan (Freedom of Religion or Belief) serta Kebebasan Bersuara di Korea Selatan.
Antara isu yang dibincangkan ialah kebimbangan terhadap layanan diterima pemimpin agama warga emas dalam tahanan pra-perbicaraan, termasuk persoalan mengenai prinsip berkadaran (proportionality), pertimbangan kemanusiaan dan proses perundangan yang adil (due process). Organisasi-organisasi tersebut menggesa pihak berkuasa Korea Selatan supaya mengkaji semula penahanan Pengerusi Shincheonji berusia 95 tahun, Lee Man-hee, serta memastikan bahawa tindakan undang-undang dan pentadbiran terhadap golongan minority agama dilaksanakan secara berkecuali, berkadar dan selaras dengan kewajipan hak asasi manusia antarabangsa Korea Selatan, termasuk berkaitan Puan Hak-ja Han Moon, 83 tahun, dari Family Federation.
Isu-isu yang dibincangkan hari ini merupakan sebahagian daripada pola kebimbangan yang lebih luas mengenai Kebebasan Beragama atau Kepercayaan di Korea Selatan. Kebimbangan juga terus dibangkitkan berhubung Gereja Segero di Busan, yang dilaporkan masih berdepan gangguan dan penelitian pihak berkuasa walaupun Pastor Son Hyun-bo telah dibebaskan daripada tahanan.
Laporan turut membangkitkan persoalan mengenai bantahan berasaskan hati nurani (conscientious objection), penentangan awam terhadap projek pembinaan masjid di Daegu, serta penyediaan kemudahan yang mengambil kira amalan keagamaan dalam institusi pendidikan. Sejak beberapa dekad lalu, HRWF telah mendokumentasikan pemenjaraan ratusan penganut Jehovah’s Witnesses di Korea Selatan kerana bantahan berasaskan hati nurani terhadap perkhidmatan ketenteraan. Walaupun pilihan perkhidmatan awam kemudiannya diperkenalkan, pihak yang mempertikaikannya berpendapat pelaksanaannya masih bersifat menghukum dan bukanya pilihan lain yang benar-benar menghormati hak asasi. Ini termasuk keperluan menjalani perkhidmatan selama 36 bulan di fasiliti pemulihan, iaitu dua kali lebih lama daripada tempoh perkhidmatan ketenteraan biasa. Beberapa keputusan mahkamah baru-baru ini turut mengekalkan ciri-ciri utama sistem tersebut walaupun dicabar dari sudut perlembagaan.
Membuka sidang media, Timbalan Pengarah HRWF, Hans Noot, berkata isu-isu yang dibincangkan “terletak di teras masyarakat demokratik”. Beliau memberi amaran bahawa apabila komuniti agama dipinggirkan, perhimpunan aman disekat dan pandangan berbeza dianggap sebagai ancaman yang perlu dibendung, kesannya “melangkaui mana-mana kumpulan atau kes tertentu.” Beliau menegaskan bahawa sidang media ini bukan bertujuan mempertahankan mana-mana perspektif ilmu ketuhanan atau gerakan tertentu, sebaliknya “mempertahankan satu prinsip bahawa hak-hak asasi mesti diberikan secara sama rata kepada semua.”

Kenyataan Bertulis yang Dikemukakan kepada Perhimpunan Agung PBB pada 5 Ogos 2026
Presiden CAP Liberté de Conscience, Thierry Valle, membincangkan kesahihan penahanan Pengerusi Lee menurut undang-undang antarabangsa. Merujuk kepada pengesahan rasmi Korea Selatan terhadap International Covenant on Civil and Political Rights (ICCPR) pada tahun 1990 serta Convention against Torture pada tahun 1995, beliau mempersoalkan sama ada penahanan pra-perbicaraan terhadap seorang warga emas berusia 95 tahun selaras dengan kewajipan antarabangsa tersebut. Beliau menegaskan bahawa prinsip anggapan tidak bersalah mesti sentiasa mengatasi sebarang andaian bersalah.
Beliau turut menyatakan bahawa negara-negara demokratik mempunyai langkah alternatif yang lebih berkadar dan berperikemanusiaan yang tetap menghormati prinsip anggapan tidak bersalah serta maruah manusia. Sebagai contoh, beliau merujuk kepada pembebasan dengan ikat jamin Cardinal Joseph Zen di Hong Kong pada tahun 2022 dan keputusan Vietnam meletakkan Patriarch Buddha Thich Quang Do di bawah tahanan rumah berbanding dipenjarakan.
Pengarah Eksekutif FOREF Jerman, Michael Langhans, membentangkan analisis perundangan yang mempersoalkan sama ada penahanan pra-perbicaraan terhadap Pengerusi Lee benar-benar diperlukan memandangkan bukti yang ada telah mencukupi untuk pendakwaan. Beliau turut mempersoalkan sama ada bukti tersebut dikumpulkan secara berkecuali atau dipengaruhi oleh naratif yang melabel komuniti agama tertuduh sebagai “sekte” atau “kultus”. Menurut beliau, kes ini menimbulkan persoalan lebih besar kepada pembuat dasar, iaitu sama ada langkah-langkah yang bertujuan melindungi pilihan raya yang adil boleh dilaksanakan tanpa menafikan hak kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan dan undang-undang antarabangsa.
Timbalan Pengarah CESNUR, Márk Nemes, berkongsi pandangannya mengenai kesan penganiayaan berterusan terhadap kumpulan agama minoriti. Beliau merujuk kepada tiga kajian akademik terkini yang dijalankan di beberapa jemaat Shincheonji di Eropah, Argentina dan Australia, yang masing-masing mendapati peningkatan membimbangkan dalam sikap permusuhan terhadap gerakan agama tersebut yang selama ini dikenali sebagai aman dan bekerjasama. Beliau menegaskan bahawa Shincheonji bukan sekadar sebuah gereja minoriti di Korea Selatan, tetapi merupakan sebuah gerakan agama global yang mempunyai jemaat di seluruh dunia. Menurut beliau, tindakan yang dianggap tidak seimbang di Korea Selatan turut memberi kesan kepada ahli-ahli jemaat di luar negara, yang hak mereka untuk menyatakan dan mengamalkan kepercayaan sebagaimana dijamin di bawah Artikel 18 dan 19 ICCPR merupakan hak yang tidak boleh dinafikan dan perlu dipertimbangkan dalam proses semasa.
Pengarah Urusan CESNUR merangkap Ketua Pengarang Bitter Winter, Massimo Introvigne, berkata Korea Selatan “telah melangkaui satu garis yang membimbangkan” dengan penahanan Pengerusi Lee. Beliau berhujah bahawa piawaian antarabangsa seperti Mandela Rules mencadangkan tahanan rumah lebih sesuai berbanding pemenjaraan bagi seorang warga emas berusia 95 tahun yang dituduh atas kesalahan tanpa unsur keganasan. Menurut beliau, pertuduhan yang dikaitkan dengan penyertaan politik biasa oleh ahli sebuah kumpulan agama minoriti “kelihatan terlalu luas dari sudut undang-undang dan konsep”, serta mencerminkan corak tekanan yang lebih meluas terhadap kumpulan agama minoriti di negara tersebut.
Organisasi-organisasi berkenaan menyeru pihak berkuasa Korea Selatan, media dan masyarakat antarabangsa supaya meneliti perkembangan ini dengan memberi perhatian khusus kepada proses perundangan yang adil, prinsip berkadaran serta perlindungan sama rata terhadap hak-hak asasi. Mereka turut mengemukakan dokumen tambahan bagi menyokong pelaporan selanjutnya.

Pada akhir sidang media, para sarjana yang hadir menandatangani sepucuk surat rasmi yang menggesa Kerajaan Republik Korea supaya segera membebaskan Pengerusi Lee daripada tahanan.
Hubungan Media
Human Rights Without Frontiers (HRWF)
E-mel: intern1@hrwf.org

