“Lepas Ni Saya Akan Guna Otak Dulu” – Sam Lim Dan Nicholas Mohon Maaf Pada Bekas Live Host

“Lepas Ni Saya Akan Guna Otak Dulu” – Sam Lim Dan Nicholas Mohon Maaf Pada Bekas Live Host

Trending

Sam Lim mohon maaf kepada bekas live host Rose dan jawab isu kerja 24 jam serta tempat solat.

Selepas isu melibatkan bekas pekerja tular di media sosial, pempengaruh Sam Lim dan Nicholas tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada individu yang dikenali sebagai Rose.

BACA: “Saya Hargai Semua Yang Tegur” – Parisa Ardina Mohon Maaf Bagi Pihak Sam Lim Dan Nicholas

Sam dan Nicholas turut memohon maaf kepada suami Rose jika ada kata-kata atau video sebelum ini yang menyinggung perasaan mereka.

Nicholas janji jaga perkataan, tidak akan maki lagi

Nicholas mengakui cara percakapannya sebelum ini memang begitu, namun tetap meminta maaf jika tindakannya membuatkan pihak lain terasa hati atau kurang selesa.

Dalam penjelasan sama, Nicholas berkata selepas ini dia tidak akan lagi menggunakan perkataan vulgar atau memaki hamun seperti sebelum ini.

Dia juga mengakui perlu lebih berhati-hati sebelum bercakap. Sam pula berkata, selepas video permohonan maaf tersebut, sebarang kandungan yang ingin disampaikan akan dibuat dengan cara yang lebih betul.

Sam jelaskan live host bekerja secara shift, bukan 24 jam

Pempengaruh ini turut menjelaskan dakwaan berhubung isu live host yang dikatakan bekerja selama 24 jam. Menurutnya, operasi live selama 24 jam tidak bermaksud seseorang pekerja diarahkan bekerja tanpa henti sepanjang tempoh tersebut.

sam lim

Sebaliknya, Sam menjelaskan terdapat pembahagian syif antara pekerja yang bertugas pada waktu pagi dan malam.

Sam turut menjelaskan bahawa pekerja yang bertugas pada waktu malam akan dibayar mengikut kadar sepatutnya termasuk bayaran kerja lebih masa.

Dalam masa sama, Sam berkata pihaknya mempunyai kontrak dengan pekerja dan segala perkara berkaitan tugasan telah dimaklumkan.

Isu permit kerja malam dan tempat solat turut dijawab

sam lim

Sam turut menyentuh dakwaan mengenai keperluan permit untuk pekerja wanita yang bekerja pada waktu malam.

Menurutnya, perkara itu telah dirujuk kepada pihak HR dan dia mendakwa akta berkenaan sudah tidak lagi berkuat kuasa sejak tahun 2023.

Sam juga memohon maaf sekiranya ada pekerja yang berasa tidak selesa menggunakan ruang solat yang disediakan sebelum ini.

Dia berkata pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk menaik taraf ruang solat supaya menjadi lebih selesa, bersih dan sesuai digunakan.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top