Oh! Artis
Lufya Omar dedah sebab tuntut mutah RM1 juta dan mengimbas kembali fasa sukar selepas bergelar ibu tunggal.
Enam tahun selepas melalui perceraian, pelakon dan penyanyi Lufya Omar kembali berkongsi mengenai perjalanan hidupnya yang bukan mudah untuk dilalui.
Daripada meninggalkan kerjaya demi rumah tangga sehinggalah perlu memikirkan semula sumber pendapatan untuk membesarkan anak, Lufya mengakui tempoh tersebut membuatkan dirinya tertekan dan memilih untuk menutup pintu hati.
Tuntutan RM1 juta bukan soal wang semata-mata

Antara perkara yang kembali mencuri perhatian adalah mengenai tuntutan mutah sebanyak RM1 juta yang pernah dibuat terhadap bekas suaminya.
Menurut Lufya, jumlah besar itu dibuat kerana dia mahu mempertahankan dirinya selepas mendakwa melalui layanan yang tidak adil.
Saya tuntut Mutaah dengan jumlah besar Kerana saya nak bangkit lawan mereka. Saya tidak mahu lagi dibuli oleh 2 manusia ini.- Luahnya.

Walaupun jumlah yang diterima akhirnya tidak seperti tuntutan asal, keputusan tersebut tetap membawa makna besar buat Lufya.
Akhirnya saya menang juga walaupun jumlahnya tak banyak tapi cukup membuktikan kezaliman ‘arwah’ dan saya bukan isteri Nusyuz.- Katanya lagi.
Lufya pernah tinggalkan kerjaya demi rumah tangga

Sebelum perceraian berlaku, Lufya berkata dia pernah meninggalkan kerjayanya dan memberikan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga.
Apabila perkahwinan itu berakhir, dia turut berdepan tekanan emosi dan kewangan sehingga memilih untuk memberi tumpuan kepada anak serta keluarganya.
Lufya juga mengimbas kembali kecaman yang diterimanya selepas bergelar ibu tunggal, termasuk apabila dirinya pernah dituduh sebagai seorang yang materialistik.
Cari rezeki halal untuk besarkan anak

Dalam usaha untuk kembali mencari pendapatan, Lufya mendakwa dia pernah berada dalam dilema apabila terdapat tawaran berlakon yang memerlukannya membuka hijab.
Ketika memikirkan bagaimana mahu mendapatkan sumber pendapatan untuk membesarkan anak, dia banyak berdoa agar dipermudahkan untuk mencari rezeki yang halal.
Titik perubahan kemudian hadir apabila ibunya meminta Lufya menjual kek durian. Dari situ, dia mula belajar sendiri cara membuat kek dan menjadikannya salah satu jalan untuk meneruskan kehidupan.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
