M7: SRG tewas kepada Aurora PH, turun 'lower bracket'

M7: SRG tewas kepada Aurora PH, turun 'lower bracket'

Jakarta: Harapan Selangor Red Giants (SRG) untuk mara ke grand final Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 dengan lebih awal lebur selepas mereka tewas 3-2 kepada Aurora PH dari Filipina dalam perlawanan akhir upper bracket semalam.

Dalam pertembungan best-of-five di Stadium Tenis Tertutup Istora Senayan di sini, SRG bermula dengan goyah apabila tewas perlawanan pembukaan.

Bagaimanapun, anak buah Michael Angelo Bocado (Arcadia) segera bangkit dan memperkemas corak permainan dan memperoleh dua kemenangan untuk mendahului 2-1.

Mereka bagaimanapun tidak dapat mengekalkan momentum itu dan tewas dalam dua perlawanan seterusnya.

Walaupun tewas, SRG masih berpeluang merebut tempat ke grand final, sekiranya dapat memenangi perlawanan akhir lower bracket yang dijadualkan pada Sabtu.

“Kami mempunyai peluang untuk menamatkan permainan dalam perlawanan keempat, tetapi kesilapan meragut peluang untuk mara ke grand final.

“Ini kekalahan yang sukar tetapi kami masih mempunyai satu lagi peluang untuk mara ke grand final,” kata Arcadia pada sidang media selepas perlawanan.

Sementara itu, jurulatih Aurora PH Aniel Jiandani memuji pasukannya atas kemenangan itu yang disifatkan telah bertungkus lumus untuk mara ke grand final.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top