Artikel Tajaan · Apa maksudnya?
Perasan tak bila masuk umur 30-an, badan macam mula ada perangai sendiri? Dulu tidur lewat masih boleh bangun segar, sekarang tidur tak cukup sikit pun satu hari rasa ‘lemau’.
Naik tangga mula tercungap, angkat barang berat pun cepat lenguh. Bukan nak kata dah tua, tapi memang ada perubahan pada badan yang mula berlaku apabila usia meningkat.
Antaranya ialah penurunan jisim dan kekuatan otot yang boleh bermula sekitar usia 30 tahun dan menjadi lebih ketara apabila semakin berusia.
Otot Pun Kena Dijaga Dari Awal!
Dalam usia 30-an dan 40-an, ramai yang sibuk dengan kerja, anak-anak dan dalam masa sama mula menjaga ibu bapa. Bila terlalu fokus menguruskan orang lain, kesihatan sendiri pula selalu jadi nombor dua.
Padahal, kita masih banyak bergantung pada kekuatan otot untuk menjalani rutin harian. Daripada berjalan dan naik tangga, sampailah mengangkat barang, melancong atau bermain dengan anak, semuanya memerlukan otot untuk bergerak.
Sebab itu, menjaga otot bukan sekadar untuk mereka yang rajin ke gym atau nak bina badan. Ia penting supaya kita boleh terus melakukan perkara-perkara biasa dalam hidup tanpa rasa terbatas apabila usia semakin meningkat.
Apabila kehilangan jisim otot dan kekuatan menjadi semakin ketara, aktiviti harian yang dulu mudah boleh mula terasa mencabar. Keadaan kehilangan jisim otot dan fungsi otot yang berkaitan dengan penuaan ini dikenali sebagai sarcopenia.
Jadi, daripada tunggu sampai badan mula rasa semakin lemah, lebih baik mula jaga dari sekarang.
Bukan Sekadar Senaman, Protein Pun Penting
Senaman, khususnya aktiviti yang membantu menguatkan otot, penting untuk mengekalkan kekuatan badan. Dalam masa sama, pengambilan protein yang mencukupi juga diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Tak perlu terus ubah gaya hidup secara drastik. Lebihkan berjalan, buat latihan kekuatan secara berkala dan pastikan pemakanan harian mempunyai protein serta nutrien yang mencukupi.

Bagi yang mahukan pilihan lebih mudah untuk menambah protein dalam rutin harian, MARIGOLD HL Advance Milk mengandungi 56% lebih protein, dengan dua gelas membekalkan 25g protein.
Ia turut mempunyai 38% lebih kalsium serta diperkaya dengan sembilan vitamin penting termasuk vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E dan asid folik.
Boleh diminum ketika sarapan, waktu rehat atau selepas seharian melakukan aktiviti. Mudah untuk dimasukkan dalam rutin tanpa menjadikan pemakanan jadi rumit.
Age Strong, Bukan Sekadar Look Young

Kita memang tak boleh hentikan usia daripada bertambah. Tapi kita boleh mula jaga badan supaya kekal kuat dan aktif untuk tahun-tahun akan datang.
Sebab bila fikir tentang masa depan, bukan sekadar nak nampak muda. Kita nak masih cukup kuat untuk berjalan jauh, melancong, bermain dengan anak dan buat perkara yang kita suka.
Jadi sebenarnya tak perlu tunggu badan mula bagi ‘hint’ baru nak jaga muscle health. Mula bina otot sekarang, supaya badan kekal kuat dan aktif untuk tahun-tahun akan datang.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai sarcopenia dan menilai risiko, layari laman kempen MARIGOLD dan info terkini MARIGOLD, ikuti mereka di Facebook dan Instagram.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.



