LATEST

Mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 151 orang

Mangsa banjir di Kuala Terengganu meningkat kepada 151 orang

am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 151 orang daripada 42 keluarga, berbanding hanya 123 pagi tadi.

Baca juga: Raih dua anugerah berprestij! Bartech Beautee sasar tembusi pasaran Asia dengan teknologi AI

Seramai 46 lelaki dewasa, perempuan dewasa (48), warga emas lelaki (tiga), warga emas wanita (empat) dan 30 kanak-kanak lelaki serta 15 kanak-kanak perempuan masih menghuni di PPS Dewan Serbaguna Kampung Tok Jembal yang dibuka, kira-kira jam 7 pagi tadi.

Turut ditempatkan di PPS itu seorang lelaki kategori orang kurang upaya (OKU).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri melalui kenyataan memaklumkan keadaan cuaca mendung.

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana negeri (SDCC) mengaktifkan pusat kawalan bencana secara pentadbiran bagi melaksanakan pemantauan dan kesiapsagaan berikutan amaran fenomena air laut pasang tinggi.

Katanya, semua petugas bencana termasuk di daerah diminta berada dalam keadaan bersiap sedia untuk melaksanakan tugas membantu mangsa bencana.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan mengaktifkan dan mengeluarkan surat pengaktifan SDCC untuk dipanjangkan kepada semua agensi yang berkaitan.

“Semua Pusat Kawalan Bencana Daerah dan Bilik Gerakan Bencana Daerah diminta bersiap siapa dan mengambil langkah sewajarnya bagi menghadapi situasi atau keadaan cuaca dari semasa ke semasa,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news