‘Musuh di luar boleh dilawan, perpecahan dalaman bawa kekalahan’

‘Musuh di luar boleh dilawan, perpecahan dalaman bawa kekalahan’
‘Musuh di luar boleh dilawan, perpecahan dalaman bawa kekalahan’

Dominic

SHAH ALAM – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengingatkan seluruh kepimpinan dan ahli gabungan Perikatan Nasional (PN) mengenai kepentingan mengekalkan perpaduan bagi mengelakkan kekalahan dalam perjuangan politik.

Presidennya, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menegaskan, ancaman atau musuh dari luar adalah sesuatu yang boleh dihadapi, namun sekiranya berlaku perpecahan secara dalaman, ia pastinya akan membawa kesan buruk kepada keutuhan gabungan berkenaan.

“Musuh di luar boleh dilawan, tetapi perpecahan dalaman membawa kekalahan,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, Dominic Lau menjelaskan, kekuatan sesebuah organisasi politik amat bergantung kepada semangat kebersamaan dan kesepaduan sesama ahli.

Ujar beliau, sekiranya formula perpaduan itu gagal dipertahankan, gabungan tersebut berisiko untuk tumbang dengan sendirinya tanpa perlu menerima serangan luar.

“Kalau kita bersatu, kita jadi kuat. Kalau kita berpecah, musuh tidak perlu menyerang pun kita sudah tumbang,” katanya lagi.

Scroll to Top