‘Roh reformasi’ kini ada pada Rafizi bukan Anwar – Sanusi

‘Roh reformasi’ kini ada pada Rafizi bukan Anwar – Sanusi

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyambut baik kehadiran Parti Bersama Malaysia (MU) yang dilihat bakal mengambil alih ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri itu.

Rof reformasi pada Rafizi

Memetik laporan Sinar Harian, menurut Menteri Besar Kedah tersebut, perkembangan itu dipercayai mampu melemahkan PKR selain membuka ruang kepada ahli parti berkenaan untuk menyertai MU.

Beliau turut berpendapat bahawa semangat atau ‘roh reformasi’ kini lebih dapat dilihat melalui bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berbanding Presiden PKR merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya alu-alukan kehadiran mereka untuk mengambil ahli-ahli PKR di Kedah, pecah-belahkan PKR dan masuk MU.
“Sungguh-sungguh pun, saya rasa roh reformasi ada pada Rafizi, tidak ada pada PMX, roh tersebut telah beralih kepada Rafizi,” katanya pada Isnin.

Sebelum ini, pada 17 Mei lalu, media melaporkan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan akan mengambil alih MU sebagai platform politik baharu mereka.

Penyerahan kepimpinan parti itu dilaporkan akan dimuktamadkan dalam satu majlis pengumuman hala tuju politik.

Perkembangan tersebut sekali gus menjawab spekulasi mengenai masa depan politik kedua-dua bekas menteri berkenaan, yang didakwa semakin tersisih dalam PKR sejak setahun lalu.

Artikel lain: Teresa persoal Sanusi sibuk berlakon, berbanding promosi Langkawi – “Belajarlah daripada Menteri Pelancongan”

Untuk rekod, MU merupakan parti politik kecil yang didaftarkan pada 2 Disember 2016 di Georgetown, Pulau Pinang oleh pengasasnya, Tan Gin Theam.

Sumber: Sinar Harian (Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor)

 

Scroll to Top