Padah Aksi Meriba Dalam Bas, Bekas Pemandu Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah

Padah Aksi Meriba Dalam Bas, Bekas Pemandu Dan Kekasih Didakwa Di Mahkamah

Trending

Suspek yang masing-masing berusia 36 dan 21 tahun disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya.


Tindakan berani mati seorang pemandu bas ekspres akhirnya memakan diri apabila dia bersama kekasihnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin, Melaka hari ini.

BACA: Tular Pemandu Bas Riba Wanita Rupanya Suami Orang!

Pemandu bas itu sebelum ini disiasat selepas tular video memaparkan aksinya meriba kekasih ketika sedang memandu.

Lebih memburukkan keadaan apabila kekasihnya itu dilihat memegang stereng bas dan cuba memandu ketika berada di jalan raya.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika bas itu dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju ke Larkin, Johor Bahru.

Aksi tular undang padah

Pemandu Bas Dan Kekasih
Kredit Foto Kosmo Amran Ali

Terbaru Harian Metro melaporkan, kedua-dua mereka dibawa ke mahkamah sekitar jam 9.40 pagi oleh anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.

Mereka juga dilihat tiba dalam keadaan bergari di pekarangan mahkamah.

Pssttt! Kes ini jelas menunjukkan betapa pentingnya sikap bertanggungjawab terutama bagi mereka yang memegang amanah besar seperti membawa nyawa orang lain. Jangan jadikan kelalaian seketika sebagai punca tragedi yang tidak diingini. Harapnya ini jadi pengajaran buat semua agar keselamatan sentiasa diutamakan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top