am@hmetro.com.mybh
Baca juga: Lelaki maut dalam kejadian berbalas tembakan
Tangkak: Perselisihan faham mengenai mesej perbualan dalam kumpulan WhatsApp dipercayai menjadi punca seorang pelajar Tingkatan Dua dibelasah tiga pelajar lelaki sehingga cedera dalam kejadian buli di sekolah di Taman Sri Kesang, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi, 13 November lalu, mangsa dipercayai ditendang dan ditumbuk berulang kali di beberapa bahagian badan oleh tiga pelajar berusia 15 tahun di dalam bilik darjah.
Kejadian itu mendapat perhatian selepas video memaparkan insiden berkenaan tular di media sosial, hari ini.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Roslan Talib berkata, pihaknya menerima laporan, 14 November lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd