LATEST
National

Lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati

Lelaki dipercayai penjenayah ditembak mati

IPOH: Seorang lelaki dipercayai penjenayah mati ditembak dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di kawasan perumahan di Ulu Kinta, di sini, awal pagi tadi.

Baca juga: Hijab bukan penghalang Aina ke pentas dunia

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin mengesahkan kejadian terbabit.

Satu sidang media khas akan diadakan jam 2.45 petang ini, di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak.

Difahamkan sidang media berkenaan akan dilakukan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar.

Terdahulu, tinjauan mendapati beberapa kenderaan polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di kawasan kejadian.

Bagaimanapun, pihak media tidak dibenarkan menghampiri lokasi berikutan kawasan berkenaan dipasang garisan polis dengan radius kawalan kira-kira 100 meter.

Seorang penduduk berkata, beliau terdengar beberapa letupan kecil namun menyangka itu bunyi letupan mercun.

“Saya ada dengar beberapa letupan tapi saya ingat bunyi mercun.” katanya ringkas ketika ditemui di tempat kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news