Oh! Tidak
Rampasan keseluruhan bernilai RM 4.6 juta termasuk cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis furanyl fentanyl.
Penularan video yang menunjukkan individu dalam keadaan khayal akhirnya membawa kepada tindakan pihak berkuasa apabila beberapa pembekal rokok elektronik atau vape berjaya ditahan.
Kes itu dipercayai mempunyai kaitan dengan cecair perasa vape yang disyaki dicampur bahan terlarang, sekali gus menimbulkan kebimbangan ramai terhadap risiko penyalahgunaan vape dalam kalangan masyarakat.
Ditahan di Selangor dan Johor
Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah mengesan individu yang terlibat sebelum penahanan dibuat di beberapa lokasi sekitar Selangor dan Johor.

Menurut beliau, tindakan itu dilaksanakan menerusi Op Vape 1.0 dengan kerjasama pelbagai agensi penguatkuasaan di seluruh negara.
Dalam operasi yang dijalankan, sebanyak 1,670 premis telah diperiksa dan rampasan keseluruhan bernilai RM 4.6 juta berjaya dilakukan termasuk cecair vape disyaki mengandungi dadah jenis furanyl fentanyl.
Pihaknya akan terus memperketatkan operasi bagi membanteras pihak yang terlibat dalam pengedaran vape mengandungi bahan terlarang.
Katanya lagi, orang ramai digesa untuk terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah melalui Hotline JSJN di 012-208 7222.
Pssttt! Isu cecair vape yang disyaki mengandungi dadah ini bukan perkara kecil, apatah lagi apabila ia boleh memberi kesan kepada remaja yang masih mudah terpengaruh.
Masyarakat perlu lebih peka dengan apa yang berlaku di sekeliling, manakala ibu bapa juga wajar memantau pergaulan serta tabiat anak-anak supaya mereka tidak terjebak dengan perkara yang boleh merosakkan masa depan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




