Ramallah: Peneroka haram Israel membakar sebuah masjid dan beberapa kenderaan milik penduduk Palestin awal Jumaat dalam serangan di perkampungan Jibya, barat laut Ramallah.
Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) melaporkan peneroka haram menyerbu perkampungan itu pada waktu malam dengan membakar masjid serta beberapa kenderaan awam selain menyembur grafiti berbaur perkauman pada dinding rumah dan bangunan.
Insiden itu berlaku ketika serangan oleh peneroka haram Israel yang menyasarkan komuniti Palestin, rumah, tapak keagamaan dan harta pertanian di Tebing Barat yang diduduki semakin meningkat.
© New Straits Times Press (M) Bhd




