LATEST

Penjawat awam Persekutuan terima RM500, negeri terima dua bulan setengah gaji

Penjawat awam Persekutuan terima RM500, negeri terima dua bulan setengah gaji

ISKANDAR PUTERI: Seramai 145,648 penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Johor bakal menerima insentif khas RM500 seorang melibatkan peruntukan berjumlah RM72.82 juta.

Penjawat awam negeri pula diberikan insentif khas dua bulan setengah gaji.

Baca juga: Helah guna nama rakyat Thailand, pengarah syarikat China masuk penjara

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemberian itu akan disampaikan secara berfasa bermula Disember ini menerusi inisiatif Bantuan Khas Johor (BKJ).

Katanya, ia merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap individu yang telah memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada pembangunan serta kesejahteraan rakyat Johor.

“Selari dengan usaha whole of nation approach, penjawat awam Persekutuan akan menerima insentif khas RM500 seorang yang disalurkan secara berperingkat iaitu RM300 pada Disember 2026 dan RM200 pada Februari 2027.

“Kemajuan pesat Johor bukan sahaja didorong dasar dan perancangan kerajaan negeri, malah turut disokong komitmen serta kerjasama erat penjawat awam di peringkat negeri dan Persekutuan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Johor 2027 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini hari ini.

Katanya, kerajaan negeri melanjutkan sambutan Tahun Melawat Johor sehingga 31 Disember 2027 dengan pelaksanaan 12 tekad pelancongan melibatkan peruntukan RM24.75 juta.

“Momentum Tahun Melawat Johor tidak boleh terhenti di penghujung tahun ini, sebaliknya mesti diteruskan bagi memperluas limpahan ekonomi, merancakkan perniagaan tempatan dan membuka lebih banyak peluang menjana pendapatan.

“Peruntukan disediakan untuk menambah baik destinasi ikonik, antaranya Laman Bakau Parit Kasim di Muar, Pantai Minyak Beku di Batu Pahat dan Kolam Air Panas Labis di Segamat, selain turut memperkukuh produk pelancongan ikonik negeri,” katanya.-UTUSAN

The post Penjawat awam Persekutuan terima RM500, negeri terima dua bulan setengah gaji appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news