Pertimbang tenaga nuklear sebagai bekalan elektrik beban asas negara – Penasihat Ekonomi PMO

Pertimbang tenaga nuklear sebagai bekalan elektrik beban asas negara – Penasihat Ekonomi PMO
Pertimbang tenaga nuklear sebagai bekalan elektrik beban asas negara – Penasihat Ekonomi PMO

Nurhisham dalam program audio siar Keluar Sekejap.

SHAH ALAM – Tenaga nuklear dilihat sebagai antara langkah yang perlu dipertimbangkan di Semenanjung Malaysia bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik beban asas negara.

Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkata, tenaga solar tidak mampu menyediakan bekalan asas yang stabil, manakala Semenanjung Malaysia pula tidak mempunyai kapasiti tenaga hidro yang besar seperti di Sabah dan Sarawak.

“Jadi nuklear adalah pilihan yang perlu diambil namun memerlukan banyak pendidikan dan perubahan dasar.

“Kita juga perlu menandatangani banyak perjanjian antarabangsa dan melihat keseluruhan rantaian bekalan dari mula sampai akhir termasuk cara menguruskan sisa, jadi semuanya memerlukan perbincangan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program audio siar Keluar Sekejap yang dikendalikan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Dalam pada itu Nurhisham menjelaskan, cadangan pembangunan grid kuasa ASEAN bakal membolehkan Malaysia memanfaatkan sumber tenaga lebih bersih menerusi import kuasa hidro dari Vietnam, Laos dan Kemboja.

Menurut beliau, langkah tersebut mampu memperkukuh sumber tenaga boleh diperbaharui negara pada masa hadapan.

“Sebaik memilikinya, kita akan mempunyai sumber tenaga boleh diperbaharui yang lebih baik,” ujarnya.

Scroll to Top