mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan seorang lelaki selepas tular mencuri beg mengandungi komputer riba, wang tunai dan barangan peribadi di sebuah pusat beli-belah di Setapak, di sini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada Khamis lalu.
Menurutnya, pengadu meninggalkan beg itu atas kerusi sebuah premis tempatnya bekerja yang mana hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang individu tidak dikenali mengambilnya dan beredar.
“Di dalam beg itu mengandungi barangan peribadi, wang tunai dan sebuah laptop. Jumlah kerugian adalah sebanyak kerugian RM3,000.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri di dalam bangunan yang memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun dan denda,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Mat Rosli talian 010-9722616.
© New Straits Times Press (M) Bhd




