Pengebumian Ali Khamenei 9 Julai depan

Pengebumian Ali Khamenei 9 Julai depan
Pengebumian Ali Khamenei 9 Julai depan

Ali Khamenei gugur syahid pada usia 86 tahun pada hari pertama kempen pencerobohan dilancarkan AS bersama Israel pada 28 Februari lalu. – Foto Agensi

TEHERAN – Urusan pengebumian bekas Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei akan diadakan pada 9 Julai depan, menurut laporan media tempatan pada Sabtu.

Upacara penghormatan ke atas pemimpin tertinggi itu juga akan bermula pada 7 Julai di kota Qom sebelum beliau disemadikan di bandar kelahirannya di Mashhad.

Ali Khamenei gugur syahid pada usia 86 tahun pada hari pertama kempen pencerobohan dilancarkan Amerika Syarikat (AS) bersama Israel ke atas Teheran pada 28 Februari lalu.

Beliau memegang tampuk pemerintahan negara itu selama 36 tahun dan pucuk pimpinan Iran diambil alih oleh anaknya, Mojtaba Khamenei.

Serangan ganas itu turut mengorbankan beberapa ahli keluarganya yang lain. – Agensi

 

Scroll to Top