LATEST

Polis masih kesan pemandu terbabit kes langgar lari sebabkan penunggang motosikal maut

Polis masih kesan pemandu terbabit kes langgar lari sebabkan penunggang motosikal maut

am@hmetro.com.my

Baca juga: Shiha Zikir Putuskan Hubungan Dengan Artis Baharu, Minta Lagu Diturunkan

Kuala Selangor: Polis masih mengesan pemandu yang terbabit dalam kemalangan langgar lari menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Kilometer 35.5 Jalan Klang-Teluk Intan, berhampiran Masjid Pekan Sungai Buloh, Jeram, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana saksi kejadian.

“Belum dapat lagi (pemandu kenderaan) dan tiada ‘report’ (laporan) lain,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Ambia meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai rakaman kamera papan pemuka (dashcam) atau kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi supaya tampil membantu siasatan.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Norzalikha Ghazali di talian 017-8790677 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Dalam kejadian jam 6.50 pagi kelmarin, Muhammad Ashraf Amirudin, 30, yang menunggang Yamaha NMAX maut dalam kemalangan langgar lari.

Mangsa yang baru 11 hari bekerja dalam bidang penyelenggaraan penyaman udara di Puchong dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Tok Empat Majid, Kampung Bukit Belimbing.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news