Oh! Tidak
Polis minta orang ramai henti spekulasi tragedi pelantar minyak Sepat sementara JSJ menjalankan siasatan lanjut.
Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau maklumat tidak sahih berhubung tragedi di pelantar minyak Sepat, Terengganu yang mengorbankan tiga pekerja luar pesisir.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku kira-kira 150 kilometer dari perairan Kuala Terengganu itu.
Kes disiasat sebagai mati mengejut
Menurut Azli, setakat ini kes berkenaan disiasat di bawah laporan mati mengejut sementara siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden.

Beliau berkata, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah sudah dihantar ke lokasi kejadian di pelantar berkenaan bagi menjalankan siasatan terperinci.
Sekiranya terdapat sebarang unsur jenayah, kes ini akan diklasifikasikan semula dan diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah untuk tindakan lanjut.
Azli turut memaklumkan proses siasatan masih berjalan dan polis kini menunggu laporan penuh berhubung insiden tersebut.
Dalam masa sama, Azli menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat atau menyebarkan kenyataan tidak benar berkaitan kejadian itu, terutama di media sosial.
Menurut beliau, terdapat pelbagai spekulasi dan maklumat tidak tepat yang sedang tular, termasuk dakwaan yang dikaitkan dengan pihak tertentu.
Setakat ini, polis masih meneruskan siasatan bagi mendapatkan gambaran penuh mengenai kejadian sebenar.
Pssttt! Dalam keadaan keluarga mangsa sedang berduka, sebaiknya orang ramai tidak menambah kekeliruan dengan menyebarkan maklumat yang belum disahkan.
Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan terlebih dahulu. Salam takziah buat keluarga mangsa yang terkorban dan semoga mangsa yang cedera diberi kesembuhan segera.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




