am@hmetro.com.my
Baca juga: Banjir kilat di Manjoi terburuk dalam tempoh lebih sedekad – Penduduk
Johor Bahru: Kejayaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 29 kerusi tanpa bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-13 mencerminkan perpaduan dan persefahaman kukuh dalam kalangan parti komponen.
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkembangan itu menunjukkan hubungan baik antara parti, khususnya dalam memastikan kerjasama politik terus diperkukuh di Sarawak.
“Ia memperlihatkan adanya penyatuan dalam kalangan rakan parti komponen GPS.
“Ia adalah satu petanda yang baik lebih-lebih lagi apabila BN membuat keputusan untuk tidak bertanding di Sarawak lebih awal,” katanya.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-80 di Austin International Convention Centre (AICC), Taman Mount Austin, di sini, hari ini.
Hadir sama, Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Dr J Loga Bala Mohan serta Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Terdahulu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun mengumumkan 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dimenangi tanpa bertanding oleh GPS selesai proses penamaan calon hari ini.
Pada pilihan raya kali ini juga mencatat rekod tertinggi calon menang tanpa bertanding mengatasi 19 kerusi pada PRN Sarawak 1996.
© New Straits Times Press (M) Bhd