LATEST
World News

Remaja perempuan maut dibelasah rebut teman lelaki: Ratusan penduduk ‘amuk’

Remaja perempuan maut dibelasah rebut teman lelaki: Ratusan penduduk ‘amuk’

MALANG – Ratusan penduduk menyerbu sebuah kawasan perumahan di Kabupaten Malang, Indonesia bagi mencari kediaman seorang remaja yang disyaki terbabit dalam kes kematian pelajar perempuan berusia 17 tahun.Kejadian berlaku di Perumahan Emerald Garden, Desa Saptorenggo, Kecamatan Pakis pada malam Jumaat susulan kemarahan orang ramai terhadap kematian Silva Nur Intania Putri, pelajar Sekolah Menengah Atas Negeri (SMAN) 7 Kota Malang.Menurut laporan detikJatim, orang ramai mula berkumpul di kawasan perumahan itu kira-kira jam 8 malam (waktu tempatan) sebelum jumlah mereka meningkat sehingga mencecah ratusan orang menjelang tengah malam.Pengawal keselamatan perumahan, Muslikin berkata, kawasan itu diserbu selepas maklumat mengenai kes menggemparkan itu tersebar menerusi siaran langsung di TikTok.”Pada mulanya, saya bersama beberapa penduduk dan anggota polis pada awalnya berkawal di pintu masuk perumahan. Namun, keadaan menjadi tidak terkawal apabila orang ramai bertindak merempuh pagar,” ujarnya.Ketika kekecohan itu, dua buah kereta peronda polis milik Balai Polis Pakis dan Balai Polis Jabung dirosakkan sebelum dibakar. Pondok pengawal keselamatan juga mengalami kerosakan manakala seorang pengawal melaporkan kehilangan wang tunai sebanyak 700,000 rupiah (RM157).Selain itu, orang ramai turut merosakkan kediaman keluarga salah seorang remaja yang disyaki terlibat dalam kes itu.Ketua Polis Sektor Pakis, AKP Bambang Subinanjar yang berada di lokasi kejadian turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki.Situasi bagaimanapun kembali terkawal selepas anggota Polis Malang bersama pasukan Briged Mobil (Brimob) dikerahkan ke lokasi bagi meredakan kekecohan. Beberapa individu turut ditahan untuk membantu siasatan.Dalam perkembangan berkaitan, polis mengenal pasti empat remaja perempuan berusia antara 16 hingga 17 tahun sebagai individu yang disyaki terbabit dalam kes kematian Silva.Mereka ialah CAN, 16, SP, 16, IDH, 17, dan WRLI, 16. Kesemua mereka masih bersekolah, manakala salah seorang daripadanya merupakan pelajar di sekolah yang sama dengan mangsa. – Agensi 

More in World News

View all

Latest news