Oh! Negara
Aminuddin ramalan dibuat pihak luar hanyalah analisis atas meja, bukan hakikat di lapangan.
Macam-macam ramalan keluar mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, namun bagi Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, semua itu langsung tidak mengganggu fokus Pakatan Harapan (PH).
BACA: Anwar Ibrahim Yakin PH Mampu Pertahan Mandat Pada PRN Negeri Sembilan
Memetik laporan Harian Metro, Aminuddin berkata, apa yang diramalkan pihak luar hanyalah analisis dan tidak semestinya menggambarkan keadaan sebenar di lapangan.
PH tidak terganggu dengan analisis luar

Pengerusi PH Negeri Sembilan itu berkata, pihaknya tidak terkesan dengan pelbagai spekulasi kerana realiti di bawah berbeza daripada apa yang diramalkan.
Saya yakin PH mampu melepasi 19 kerusi DUN.
Aminuddin berkata, keyakinan itu hadir selepas beliau melihat sendiri gerak kerja jentera PH yang terus bekerja keras sehingga saat akhir malam tadi.
Yakin jentera PH tidak lemah
Beliau turut memaklumkan sudah menyemak semua kawasan yang ditandingi PH dan melihat setiap kawasan mempunyai potensi yang baik.
Saya sudah semak semua kawasan yang kita bertanding mempunyai potensi yang baik dan insya-Allah saya rasa jentera tak rasa ‘down’ (lemah) walaupun macam-macam spekulasi.
Untuk PRN kali ini, Aminuddin membuat langkah berbeza apabila tidak mempertahankan kerusi DUN Sikamat. Pada PRN 2023, beliau menang di kerusi berkenaan dengan majoriti 2,662 undi.
Sebaliknya, beliau kini memilih untuk bertanding di DUN Linggi, kawasan yang dianggap sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN).
Di DUN Linggi, Aminuddin berdepan cabaran calon BN yang juga penyandang kerusi tersebut, Datuk Mohd Faizal Ramli.
Turut bertanding ialah calon BERSATU, Datuk Zamri Md Said, sekali gus menjadikan saingan di kawasan itu pertandingan tiga penjuru.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.



