LATEST

‘Saya pernah ‘head on’ dengan Poay Tiong, sikapnya tak berubah’ – Annuar Musa

‘Saya pernah ‘head on’ dengan Poay Tiong, sikapnya tak berubah’ – Annuar Musa

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa sikap Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong masih tidak berubah apabila pemimpin DAP itu baru-baru ini mempertikaikan pelaksanaan arahan penutupan sementara operasi premis perniagaan selama dua jam setiap Jumaat di Kuala Terengganu.Annuar membuat dakwaan sedemikian kerana beliau sendiri pernah berdebat dengan Poay Tiong atas isu yang hampir sama di Parlimen suatu ketika dahulu.Dakwanya lagi, masih ramai dalam kalangan ahli mahupun pemimpin DAP yang bersikap cauvinis dan Islamofobia.Presiden Muafakat Nasional (MN) itu berpandangan, sikap dan politik sedemikian mesti ditolak terus-terusan kerana ia tidak sesuai dalam konteks keperluan menjaga kesejahteraan dan keamanan negara berbilang kaum ini.”Ahli Parlimen Kota Melaka mencemarkan nama DAP dan Kerajaan Madani.”Suatu ketika dahulu di Parlimen, saya ‘head on’ dengan beliau atas isu yang hampir sama. Jelas sikapnya tidak berubah.”Mungkin sampai masanya Kota Melaka memilih wakil rakyat yang baharu, insya-ALLAH,” kata Annuar menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Annuar menambah, kenyataan seorang pemimpin kanan parti dan Ahli Parlimen seperti Poay Tiong mempunyai impak besar kerana ia juga cerminan kepada sikap DAP.”Memohon maaf itu baik. Ramai memaafkan, tapi tidak melupakan,” ujarnya ringkas.Terdahulu, Poay Tiong menerusi hantaran di Facebook membangkitkan kebimbangan mengenai pelaksanaan arahan penutupan sementara operasi premis perniagaan selama dua jam setiap Jumaat bagi memberi laluan kepada solat Jumaat.Dakwanya, ketetapan tersebut boleh menjejaskan kebebasan berniaga dan gaya hidup masyarakat bukan Islam.Pengerusi DAP Melaka itu juga menganggap arahan berkenaan mencerminkan pengaruh dasar keagamaan konservatif parti Islam terhadap pentadbiran awam.Bagaimanapun, Poay Tiong memaklumkan, pihaknya menghormati kewajipan umat Islam menunaikan solat Jumaat, cuma dasar lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengambil kira kepentingan semua pihak.Selepas menerima kritikan daripada pelbagai pihak termasuk akar umbi DAP, Poay Tiong membuat kenyataan terbuka dan memohon maaf.Beliau mengakui terdapat kelemahan dalam penyampaian pandangan berkenaan, khususnya dari segi pemilihan kata dan nada sehingga menimbulkan salah faham, menyinggung perasaan serta mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat terutamanya umat Islam.

Latest news