“Saya tak mahu KLIA jadi macam Selayang!” – Shuhaily tekad banteras sindiket warga asing

“Saya tak mahu KLIA jadi macam Selayang!” – Shuhaily tekad banteras sindiket warga asing

Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain menegaskan beliau tidak mahu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berdepan masalah sindiket warga asing seperti yang dikaitkan dengan Selayang.

Menurutnya, AKPS ditubuhkan bukan sekadar memenuhi keperluan pentadbiran, sebaliknya memikul amanah kerajaan untuk memastikan keselamatan pintu masuk negara terpelihara serta membanteras unsur jenayah.

“Saya tidak mahu lihat KLIA jadi macam Selayang. Saya tidak mahu membiarkannya jadi macam itu,” katanya ketika mengulas mengenai sindiket warga asing di KLIA.

Kredit Foto: FMT

Shuhaily turut menghargai sokongan pelbagai pihak yang menggesanya meneruskan usaha memperkukuh kawalan keselamatan di pintu masuk negara.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk yang meminta saya teruskan apa jua usaha untuk memperbaiki keselamatan pintu masuk negara.
“Saya amat-amat menghargainya dan itulah semangat saya pegang untuk saya terus berusaha untuk mengubah prasarana ataupun keselamatan di pintu masuk negara.

Sekadar gambar hiasan

“Saya tidak mahu KLIA jadi macam Selayang. Jadi saya rasa cukup jelas inisiatif dan motivasi kami di AKPS ini. Kerajaan menubuhkan kami ada sebab, bukan suka-suka,” katanya pada sidang media hari ini.

Sumber: Harian Metro (Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil)

Scroll to Top